BM | EN | 中文

DUA WARGA VIETNAM MELECUR PANGSAPURI TERBAKAR

rumah-terbakar.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 OKT : Dua warga Vietnam melecur dalam kebakaran yang berlaku di tingkat 26 rumah pangsapuri di Forest City petang semalam.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, pusat gerakan operasi negeri Johor menerima panggilan kecemasan kejadian itu melalui talian terus balai pada jam 6.57 petang.

Menurutnya, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dan BBP Skudai dengan kekuatan anggota seramai 19 orang anggota bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

“Kebakaran berkenaan melibatkan struktur bangunan di tingkat 26. Terdapat dua mangsa warganegara Vietnam iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan didapati telah melecur.

“Susulan itu mangsa yang dikenali sebagai Huang Van Duong, 42 dan seorang perempuan telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi menerima rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, operasi ditamatkan pada jam 9.14 malam, manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top