BM | EN | 中文

Dua tekong darat, empat PATI ditahan dalam serbuan di rumah kongsi dekat Kota Tinggi

Dua-tekong-darat-empat-pendatang-tanpa-izin-diserbu-di-rumah-kongsi-di-Kota-Tinggi.jpg

Gambar Ehsan Community Roda Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 APR: Polis menahan dua tekong darat dan empat pendatang tanpa izin (PATI) lelaki dalam serbuan di sebuah rumah kongsi di kawasan Padang Pasir Longgok, Jalan Tenggaroh Selatan dekat Kota Tinggi awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora berkata mereka ditahan dalam serbuan pada kira kira 1.30 pagi oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

“Kedua-dua tekong berumur 29 dan 46 tahun dipercayai terlibat dalam penyeludupan keluar dan masuk pendatang tanpa izin rakyat Indonesia ke negara ini.

Advertisement

“Ketika ditahan, kesemua empat pendatang tanpa izin berumur antara 27 dan 55 tahun itu pula dipercayai sedang bersembunyi di rumah kongsi terbabit,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata hasil serbuan itu, pihaknya turut merampas lima telefon bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM3,000 serta mata wang Rupiah kira-kira Rp2 juta.

Katanya, kedua-dua tekong dipercayai ahli sindiket “Geng Cupeng yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran di kawasan Bandar Penawar dan Kuala Sedili dekat Kota Tinggi.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan, kedua-dua tekong dan empat pendatang tanpa izin itu kini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959/63.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top