BM | EN | 中文

Dua tapak pelupusan haram berkeluasan 0.4 hektar terbakar

tapak-pelupusan.jpg

Dua tapak pelupusan haram berkeluasan 0.4 hektar berhampiran Stadium Sultan Ismail terbakar.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 13 JAN: Dua tapak pelupusan haram berkeluasan 0.4 hektar berhampiran Stadium Sultan Ismail, Gelang Patah, di sini terbakar, petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Hairul Azwii Esrah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 malam.

Katanya, seramai lapan anggota serta sebuah jentera dihantar ke lokasi kejadian untuk kerja pemadaman.

Advertisement

“Operasi turut dibantu oleh dua anggota dan satu jentera dari BBP Johor Bahru.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran sampah di dua tapak pelupusan haram berkeluasan 0.4 hektar.

“Tindakan pemadaman dibuat menggunakan dua aliran salur bantu mula sumber air pili bomba berjarak tiga kilometer daripada lokasi kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Advertisement

Tambahnya, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 9.19 malam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top