BM | EN | 中文

DUA SKIM PERUMAHAN PRIHATIN ANTARA INISIATIF BELANJAWAN JOHOR 2020

dzulkefly-ahmad.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT: Skim Perumahan Prihatin Johor (SPPJ) dan Skim Prihatin Belia Johor (SPBJ) merupakan antara dua inisiatif yang bakal dimasukkan dalam Belanjawan Johor 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kedua-dua skim itu telah mendapat persetujuan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, namun akan dimuktamadkan pada bulan ini.

Beliau berkata, SPPJ diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman perumahan, walaupun telah ditawarkan dengan Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR).

Advertisement

Skim berkenaan, katanya, akan memberi fokus terhadap kediaman yang berharga RM40,000 dan satu agensi akan dilantik untuk menyelaraskan pinjaman mereka selama 25 tahun.

“Bagi SPBJ pula, ia adalah inisiatif untuk menyediakan lebih banyak rumah transit untuk golongan belia,” katanya.

Tambahnya, setakat ini, jumlah rumah transit adalah terhad dan kerajaan negeri berhasrat menambahkannya.

Advertisement

“Yang sekarang ini, adalah terhad di PPR Melana 1 (Taman Perling) dan oleh itu, kita akan menambahnya lagi dengan tempoh sewaan lima tahun.

“Selain itu, pemaju juga menunjukkan minat untuk membina rumah belia ini terutama dua bilik dan satu bilik air,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai jangkaan Belanjawan Johor 2020.

Beliau ditemui pada majlis perlancaran Pameran Hartanah dan Rumah iProperty.com.my di sini, semalam.

Advertisement

Dalam pada itu, Bernama melaporkan Dzulkefly sebagai berkata, dakwaan kononnya terdapat 16,000 unit hartanah Bumiputera tidak terjual di negeri ini adalah angka tidak tepat kerana hanya membabitkan 10,580 unit hartanah.

Daripada keseluruhan unit itu, 8,678 unit merupakan hartanah kediaman yang bernilai RM4.8 bilion; 1,629 unit membabitkan kedai komersial (RM1.5 bilion); 235 unit premis industri (RM666 juta) dan 38 unit tanah kosong (RM65 juta), katanya.

“Saya perlu membetulkan statistik ini kerana saya tidak mahu angka tersebut memberi satu signal yang tidak tepat, seolah-olah Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Perumahan tidak menjalankan kerja dengan baik dan seumpamanya,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top