BM | EN | 中文

Dua sindiket pecah rumah dan curi kereta tumpas

IMG-20200206-WA0015.jpg

Shahurinain bersama antara barang yang dirampas

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Geng Ong Tze Chang dan Geng Azim Bunga antara dua sindiket pecah rumah dan curi kenderaan yang berjaya ditumpaskan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, Geng Ong Tze Chang dipercayai telah bergiat aktif sejak September 2019 di beberapa daerah di negeri Johor.

“Pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki dan seorang perempuan dalam lingkungan 30an dalam keadaan mencurigakan di Ulu Tiram pada 19 Januari lepas.

Advertisement

“Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis telah membuat serbuan di sebuah kilang tidak berdaftar di Ulu Tiram dan berjaya menangkap dua orang lelaki,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media Kejayaan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan membanteras kes jenayah sepanjang bulan Januari 2020, di sini hari ini.

Shahurinain berkata, pihak polis berjaya merampas tiga buah kereta yang masih dilaporkan hilang dan beberapa peralatan pecah rumah menerusi serbuan yang dijalankan.

Advertisement

“Dengan kejayaan hasil tangkapan ini, pihak polis telah berjaya menyelesaikan tiga kes curi kenderaan dan empat kes pecah rumah di sekitar Johor Bahru,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, geng Azim Bunga pula berjaya ditumpaskan menerusi satu operasi setelah menerima aduan berkaitan kes pecah rumah di Larkin, Johor Bahru.

“Dalam operasi tersebut, pihak polis berjaya menangkap seramai enam lelaki lingkungan umur 30an dan merampas tiga buah kenderaan, sebuah motorsikal dan peralatan pecah rumah.

Advertisement

Shahurinain bersama antara kereta yang dirampas

“Melalui Semakan Sistem Pengurusan Rekod Jenayah (SPRJ), semua suspek yang ditangkap mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan curi kenderaan,” katanya yang memberitahu geng itu dipercayai telah bergiat aktif sejak pertengahan 2017.

Tambah beliau lagi, melalui pengakuan suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan 18 kes pecah rumah dan 16 kes curi kenderaan sekitar Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Dua kes lain yang berjaya ditumpaskan oleh pihak Polis Johor Bahru Selatan ialah kumpulan pecah cermin kereta dari Taman Pelangi dan kumpulan simbah cat yang telah bergiat aktif sejak tahun lalu,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top