BM | EN | 中文

Dua sahabat kayuh basikal lipat dari Johor ke Perlis

kayuh-basikal-lipat-johor-perlis.png
Advertisement

KANGAR, 5 NOV: Dua sahabat memanfaatkan kebenaran merentas negeri dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini dengan kembara menggunakan basikal lipat dart Johor ke Perlis dalam tempoh 14 hari dan hanya berbekalkan RM500.

Penghantar makanan berbasikal Foodpanda, Muhammad Hezri Muhammad Sabri, 36, dan Mohd Jazaini Abdul Jamal, 48, yang bekerja sendiri berkata kembara jarak jauh lazimnya menggunakan basikal lebih besar, namun mereka memilih untuk menggunakan basikal lipat yang saiznya hanya leblh semeter sahaja.

“Kebanyakan orang yang kami jumpa sepanjang kembara ini bertanyakan mampukah basikal lipat ini bergerak jauh dan ramai yang tidak menyangka basikal kecil ini tahan lasak serta boleh pergi jauh.

Advertisement

“Basikal lipat lebih sinonim dengan basikal kayuhan taman dan santai-santai. Seorang lelaki ‘gila’ menunggang basikal lipat kelihatan jauh lebih ‘gila’ daripada lelaki ‘gila’ yang menunggang basikal,” kata Muhammad Hezri kepada Bernama ketika ditemui selepas menamatkan kayuhan mereka di sini hari ini.

Beliau berkata kejayaan mereka merentas negeri-negeri di Semenanjung dari Tanjung Piai, Johor ke Kangar, Perlis sejauh kira-kira 850 kilometer membuktikan bahawa basikal lipat juga sesuai digunakan untuk kembara jarak jauh.

Muhammad Hezri dan Mohd Jazaini masing-masing dari Kuala Lumpur dan Shah Alam, Selangor berkata sepanjang kayuhan itu mereka juga berkesempatan mengenali budaya masyarakat setempat dan berkenalan dengan ramai peminat aktiviti berbasikal.

Advertisement

Mohd Jazaini pula berkata mereka dapat berkongsi ilmu dan maklumat berguna mengenai basikal lipat selain melakukan eksplorasi ke pelbagai lokasi menarik di setiap negeri yang disinggahi.

Beliau berkata walaupun kecil, basikal lipat seberat 11 kilogram itu mampu menampung beban tambahan untuk kegunaan mereka sepanjang kembara itu seperti khemah, dapur, kerusi serta keperluan asas lain.

Berkongsi pengalaman menarik sepanjang kembara itu kedua-duanya mengakui teruja apabila menerima sedekah pelbagai makanan dan minuman daripada orang yang tidak dikenali.

Advertisement

“Barangkali itu semua rezeki kami bermusatir, dapatlah kami jimatkan peruntukan kami yang terhad dan duit yang kami bawa bekal itu, kami hanya gunakan untuk bell makanan istimewa yang sedap sahaja sebagai ganjaran kerana dapat menamatkan misi kami dengan selamat, Alhamdulillah,” katanya.

Mengenai cabaran sepanjang kayuhan pula, mereka menyatakan tidak berhadapan dengan banyak kesulitan kerana telah menyediakan kelengkapan yang mencukupi jika basikal lipat mengalami masalah di tengah jalan.

‘Kelebihan basikal ini, jika tidak boleh dibaiki menggunakan alat ganti yang dibawa, senang nak bawa ke bengkel sebab boleh dilipat kecil dan muat saja kalau menaiki kereta ‘Grab’ atau tumpang sesiapa,” katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top