BM | EN | 中文

Dua rumah terbakar, 12 penghuni hilang tempat tinggal 

IMG-20200219-WA0024.jpg

Pihak bomba memadamkan kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Melayu Majidee, semalam. 

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB : 12 penghuni hilang tempat tinggal apabila rumah didiami terlibat kejadian kebakaran jam 11 pagi, semalam.

Kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di Kampung Melayu Majidee itu telah berjaya dikawal dan dipadam oleh pihak bomba kira-kira jam 1 petang. QQ

Komander Operasi, Timbalan Pegawai Bomba I, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, dua buah rumah berkenaan telah dijilat api.

Advertisement

“Dengan kekuatan anggota seramai 27 orang, tindakan operasi secara ofensi dan defensif dilakukan bagi mengelak kebakaran merebak ke bangunan lain.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana 12 orang penghuni rumah tersebut telah menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai,”katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top