BM | EN | 中文

Dua rumah berjiran di Skudai hampir musnah terbakar

kebakaran-rumah-10-01-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 JAN: Dua buah rumah berjiran hampir musnah dalam satu kejadian kebakaran di Taman Sri Skudai, dekat sini petang semalam.

Menurut Ketua Balai Bombda dan Penyelamat Skudai, Mohd Riduan Akhyar, kebakaran memusnahkan 60 peratus pada dua rumah di Jalan Emas, Taman Sri Skudai.

Katanya, pihaknya menerima panggilan melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor berhubung kejadian tersebut, kira-kira jam 7.20 petang semalam.

Advertisement

“Dua jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dan BBP Johor Bahru dibantu 22 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan itu.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran berlaku melibatkan dua buah rumah teres jenis kekal berkeluasan 20×60 kaki,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi pemadaman dilakukan kira-kira sejam menggunakan satu aliran 200 kaki dua pancutan dengan air tangki pam jentera dan pili bomba berhampiran.

Advertisement

“Tiada mangsa yang cedera, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top