BM | EN | 中文

Dua rakyat Malaysia antara kes import Covid-19 di Singapura

tambak-johor.jpg
Advertisement

SINGAPURA, 14 JAN: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala dilaporkan semalam, adalah rakyat Malaysia.

Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.

Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan sejumlah 38 kes baharu Covid-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan melibatkan penghuni asrama.

Advertisement

Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memaklumkan 34 tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif, manakala empat lagi kes bergejala.

Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dengan angka kes baru itu menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 58,984 kes.

Advertisement

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top