BM | EN | 中文

DUA PUSAT PENEMPATAN SEMENTARA DIBUKA DI BATU PAHAT

Tan-Chen-Choon.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT : Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) baru dibuka bagi daerah Batu Pahat bagi menempatkan mangsa ribut dan banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon.

Katanya, ia melibatkan PPS SK Sungai Kajang bagi menempatkan tiga keluarga mangsa ribut berjumlah 16 orang dari Sungai Kajang serta Bagan.

Sementara itu PPS Dewan Orang Ramai Tongkang Pecah yang dibuka malam tadi ekoran banjir menempatkan 10 keluarga dengan jumlah mangsa 39 orang.

Advertisement

“Bagi daerah Pontian PPS Madrasah Parit Basilam menempatkan enam keluarga dari 30 mangsa, PPS SK Sri Bukit Panjang menempatkan 22 keluarga dengan 98 mangsa.

“Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai menempatkan 23 keluarga dengan jumlah mangsa 74 orang, SK Kampung Parit Haji Adnan menempatkan 21 keluarga jumlah mangsa 95 orang dan SK Sri Bunian 15 keluarga dengan 83 mangsa,”katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu beliau memaklumkan, jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurang kepada 435 yang terdiri dari 100 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Advertisement

Manakala satu PPS di daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pulai Gelang Patah dibuka kelmarin telah ditutup.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top