BM | EN | 中文

DUA POLIS MAUT, TIGA CEDERA DIREMPUH LORI TERBABAS

accident-18.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 6 NOV : Dua anggota polis maut, manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori ketika selesai melakukan penugasan sekatan jalanraya cegah jenayah di Jalan Changong, Pasir Puteh, Seri Alam, awal pagi tadi.

Kemalangan kira-kira jam 5.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Lans Koperal Saifullah Mohamad, 32 bertugas di Balai Polis (BP) Pasir Gudang dan Lans Koperal Mohamad Johari Rosli, 32 bertugas di BP Taman Scientex, Seri Alam maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, dalam kejadian itu tiga anggota lagi daripada BP Pasir Gudang , BP Scientex dan BP Pasir Puteh mengalami kecederaan dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Advertisement

Manakala, seorang lagi anggota tidak mengalami apa-apa kecederaan.


“Ketika kejadian berlaku keenam-enam anggota sedang memuat barang kelengkapan ke atas land rover untuk balik ke pengkalan.

“Namun, dengan tiba-tiba telah dirempuh oleh sebuah lori dari arah Kota Masai ke Taman Pasir Puteh.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati pemandu lori tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh lima dari enam anggota berkenaan serta land rover yang berada di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, akibat kemalangan itu pemandu lori yang berumur 47 tahun berasal daripada Kota Masai juga dirawat di HSI kerana mengalami cedera ringan.

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan di bawah Sekatan 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Dalam pada itu, sebanyak dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat Pasir Gudang dengan kekuatan 10 anggota diketuai Komander Operasi, Zainudin Sabani turut begegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kejadian.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top