BM | EN | 中文

Dua persatuan hotel guna khidmat selebriti, papar tempat menarik sempena TMJ 2020

IMG-20200108-WA0000.jpg

Dari kiri : Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Solehuddin Ahmad; Terence; wakil MAH, Ivan Teo, wakil MyBHA, Jarod Chia dan Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail pada majlis MoU yang bertujuan bagi mempromosi siri Vlog 

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 8 JAN: Dua pemain utama industri perhotelan di Johor iaitu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Cao Parties, di sini, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani bertujuan bagi mempromosi siri Vlog yang dihasilkan selebriti Singapura, Terence Cao melalui Cao Parties bersama lapan selebriti bagi memaparkan tempat-tempat menarik sempena Tahun Melawat Johor 2020.

Kandungan video tersebut mempromosikan kempen ‘Makan, Inap dan Bermain’ di seluruh Johor yang boleh dimuat turun melalui aplikasi telefon pintar dan paparan kod QR.

Advertisement

Melalui aplikasi tersebut, maklumat sesuatu tempat di Johor akan tertera pada kad sewa dan pemegang kad ahli hotel boleh memuat turun dan membuat pesanan bagi bilik yang mereka inginkan secara percuma.

Dalam pada itu, Setiuasaha cawangan MAH Johor, Yvonne Loh berkata, inisiatif ini dapat memberi maklumat berkenaan destinasi yang ingin dituju terutamanya tempat makan menarik di negeri ini.

“Sekarang adalah masa untuk generasi memerlukan kepantasan, keselesaan dan maklumat di hujung jari.

Advertisement

“Kita semua juga bergantung kepada telefon pintar untuk apa sahaja yang kita lakukan hari ini.

“Bagi memudahkan akses dan pengembaraan, vlog melalui aplikasi telefon pintar adalah perkara baru yang akan diterokai bagi mempromosikan pelancongan di Johor,” katanya.

Menurut beliau lagi, vlog tersebut diterbitkan dalam bahasa Mandarin, memandangkan Terence merupakan pelakon popular di kalangan penonton televisyen berbahasa Mandarin di Singapura dan Malaysia.

Advertisement

Namun dalam masa yang sama katanya, sarikata terjemahan bahasa Inggeris turut disediakan bagi memudahkan para penonton.

“Sekarang ini adalah masanya untuk menggabung jalin dua persatuan perhotelan yang penting di Johor bagi mewakili kedua pihak industri untuk mengembangkan lagi perniagaan perhotelan,” katanya.

Sementara itu, Terence Cao yang turut hadir melakukan testimonial aplikasi telefon pintar pada majlis MoU itu berkata, unsur-unsur komedi, humor dan pendidikan dalam sesuatu video promosi adalah penting dalam menambat hati bakal pelancong.

Advertisement

“Sebab itu kita libatkan bersama pihak yang berkenaan untuk memberi pandangan dalam video yang diterbitkan. Misalnya, tukang masak dan chef. Selain itu kita selitkan juga cerita-cerita warisan di sebalik makanan.

“Kalau hendak dibandingkan tempat menarik atau budaya dan warisan makanan diantara Malaysia dengan Singapura, Malaysia lebih banyak dan menarik.

“Jadi kita ingin wujudkan pengalaman bermakna yang sukar dilupakan pelancong dan di Johor ada potensi besar yang boleh dipasarkan,” kata artis kelahiran Singapura itu.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top