BM | EN | 中文

Dua penyamun berjaya dicekup

jbu-rotated.jpg

Barangan yang berjaya dirampas

JOHOR  BAHRU, 4 JAN : Tidak sempat ‘merasa’ barang yang diragut, dua penyamun akhirnya berjaya dicekup, Khamis lepas.

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya di Tampoi, di sini semasa anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Tampoi, di sini ternampak seorang perempuan menjerit meminta pertolongan selepas telefonnya diragut, kira-kira jam 6.45 petang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, bertindak atas maklumat yang telah diberikan, anggota RCJ Balai Polis Tampoi telah ke alamat rumah di kawasan Kempas dan telah menahan dua lelaki yang disyaki telah melakukan samun tersebut.

“Hasil pemeriksaan anggota RCJ telah merampas dua helai baju warna biru gelap, seunit telefon bimbit, seunit topi warna kelabu, satu beg bimbit berwarna hitam, satu beg dompet berwarna hitam dan sekeping kad pengenalan didaftar atas nama saspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Tambahnya, suspek juga ditangkap atas sebab memiliki kad pengenalan orang lain bersabit rekod dikehendaki di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 407 Kanun Keseksaan.

JohorKini

 

 

 

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top