BM | EN | 中文

Dua penjawat awam antara ditahan di Johor, disyaki terlibat proses ketum

Ketum.jpg

JOHOR BAHRU, 23 OGOS: Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses air ketum, dalam serbuan di sebuah pondok berdekatan sebuah blok rumah pangsa di Taman Rinting, di sini, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata kesemua lelaki berumur antara 22 dan 57 tahun itu ditahan pada 4.45 petang, hasil maklumat awam dan risikan polis.

Beliau berkata polis turut merampas lima kilogram daun ketum yang disimpan di dalam sebuah kereta berhampiran pondok berkenaan dan 16.40 liter air ketum di sebuah stor di blok berkenaan.

Hasil siasatan mendapati kegiatan terbabit sudah beroperasi kira-kira setahun lepas, katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua lelaki berkenaan negatif dadah dan direman tiga hari bermula semalam untuk siasatan.

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top