BM | EN | 中文

Dua pengawal keselamatan ditahan terlibat kes pecah masuk sekolah dijaganya

polis-dadah.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 3 JAN : Harapkan pegar, pegar makan padi, apabila dua pengawal keselamatan di sebuah sekolah, di sini merupakan antara suspek yang ditahan polis selepas terlibat kes pecah masuk sekolah dijaganya, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kira-kira jam 6.30 pagi semasa pengadu sampai di sekolah, dia telah diberitahu oleh guru yang lain bahawa pejabat pentadbiran sekolah telah diceroboh.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati keadaan gerobok pejabat berselerak termasuk beberapa pejabat lain yang berhampiran.

Advertisement

Menurutnya, pemeriksaan di dalam bilik pengetua mendapati peti besi telah dialihkan dari kedudukan asal dan terdapat kesan dipecahkan tetapi tidak berjaya.

“Manakala bilik lain yang diceroboh dan barang yang dikenal pasti telah hilang adalah seperti wang di bilik koperasi sebanyak RM6,000, wang pusat sumber sebanyak RM5, 000, projektor LCD dan equalizer di bilik operasi peperiksaan, empat buah kamera litar tertutup di bilik guru dan anggaran kerugian RM40,000.

“Bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9.30 pagi iaitu pada hari sama sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga tempatan berumur 20 hingga 40an.

Advertisement

“Di mana dua daripada suspek merupakan pengawal keselamatan sekolah tersebut,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak polis turut merampas beberapa barang dipercayai milik sekolah.

Jelasnya, hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas semua suspek salah seorang didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Advertisement

“Kesemua suspek akan direman bagi meneruskan siasatan kes. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah di malam hari jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top