BM | EN | 中文

Dua pendaki Gunung Pulai sesat kerana ikut ‘laluan tikus’ – Jabatan Perhutanan Johor

gunung-pulai.jpg

Gambar Ehsan Johor Now

Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT: Jabatan Perhutanan Negeri  Johor mendapati dua lelaki yang sesat ketika mendaki Gunung Pulai di Kulai, Ahad lalu menggunakan ‘laluan tikus’ atau laluan tidak rasmi.

Pengarahnya, Datuk Salim Aman dilaporkan BH Online berkata, trek rasmi masih ditutup disebabkan Johor masih lagi berada dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kawasan Taman Eko-Rimba termasuk trek pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal hanya dibuka dalam Fasa Tiga PPN.

Advertisement

“Jabatan memandang serius kes pendaki sesat kerana memasuki kawasan Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran atau permit memasuki Hutan Simpanan Kekal yang menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 47 Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985 Negeri Johor yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya denda dan penjara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Semua Taman Eko Rimba (TER), Hutan Taman Negeri (HTN) dan trek pendakian serta mana mana Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri ini masih belum dibuka kepada pengunjung awam bagi sebarang aktiviti eko pelancongan.

Semua aktiviti terbabit di kawasan Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal di Johor hanya dibenarkan pada PPN Fasa Tiga.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top