BM | EN | 中文

Dua penagih ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan

Dua-penagih-ditahan-ketika-menunggang-motosikal-dalam-keadaan-mencurigakan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 DIS : Dua lelaki dipercayai penagih dadah ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Persiaran Tanjung, Taman Bukit Alif disini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Tampoi telah ke lokasi selepas menerima maklumat kira-kira 2 pagi.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku awal pagi Isnin lalu itu, dua lelaki itu menaiki motosikal jenis Suzuki berwarna biru putih dalam keadaan mencurigakan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai satu paket plastik kecil mengandungi hablur kristal disyaki dadah jenis Syabu.

“Turut dijumpai satu unit bateri, satu beg berzip warna ungu tiada jenama, satu unit spanar dan dua unit cutter warna oren.

“Kedua-dua suspek telah ditahan bersama rampasan kerana memiliki dadah dan gagal memberi keterangan ke atas bateri yang dijumpai,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, hasil saringan awal ujian air kencing juga mendapati kedua-dua saspek positif dadah jenis “Methamphetamine”.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 KK, Seksyen 411 KK, Seksyen 25(1)(n) PPPN 1990, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top