BM | EN | 中文

DUA PEMUDA BAWAH UMUR BAKAR KERETA DICEKUP

kereta-terbakar.jpg
Advertisement

KULAI, 10 SEPT: Dua pemuda bawah umur dicekup selepas mengaku bersalah membakar dua buah kereta di dua lokasi berbeza, petang semalam.

Kedua-dua yang berumur 15 tahun ditahan di Taman Scientex dan Kampung Sri Paya dekat Kelapa Sawit, di sini, kira-kira jam 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya semalam menerima laporan polis daripada seorang wanita tentang kereta Perodua Myvi miliknya yang diparkir Taman Scientex Kelapa Sawit, telah terbakar.

Advertisement

“Kejadian itu disedari kira-kira jam 10.30 malam, Ahad lepas dan pihak bomba telah berusaha memadamkan kebakaran. Turut ditemui satu botol mineral yang dipercayai mengandungi bahan bakar.

“Kemudiannya, seorang lelaki turut membuat laporan polis memaklumkan kereta Proton Iswara yang diletakkan di lorong belakang rumahnya di Taman Wawasan, Kelapa Sawit telah terbakar.

“Perkara itu dimaklumkan jirannya yang menyedari kejadian itu pada Ahad lepas, kira-kira jam 10 malam. Setelah pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran itu, didapati terdapat unsur khianat,” katanya.

Advertisement

Beng Yeow berkata, selepas kedua-dua lelaki itu ditahan, mereka mengaku membakar dua kereta itu dengan bahan api petrol.

“Pelbagai barangan turut dirampas termasuklah baju, seluar serta motosikal dan sebagainya. Tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai untuk siasatan lanjut serta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulai untuk dipohon reman hari ini,” katanya.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top