BM | EN | 中文

Dua pegawai SPRM didakwa di mahkamah JB, tipu individu sebagai balasan selesai kes

Dua-pegawai-SPRM-didakwa-di-mahkamah-JB-tipu-individu-sebagai-balasan-selesai-kes.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 OKT: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang individu sehingga menyerahkan wang tunai sebanyak RM40,000 kepada mereka sebagai balasan untuk menyelesaikan kes, minggu lepas.

Amir Izham Shahak, 32, Penolong Penguasa di SPRM Cawangan Kluang, mengaku bersalah manakala Wan Kamarul Za’im Wan Mansor, 34, Penguasa di SPRM Johor, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Kedua-dua mereka didakwa memperdayakan individu itu sehingga menghantar wang tunai RM40,000 kepada mereka sebagai balasan kononnya untuk membantu menyelesaikan kes yang disiasat SPRM Johor ke atas individu terbabit.

Advertisement

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran dalam daerah Simpang Renggam, pada 7.57 malam, 14 Okt lepas.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suhaili Sapun menawarkan jaminan masing-masing sebanyak RM35,000 berserta seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu menyerahkan passport antarabangsa ke mahkamah.

Advertisement

Bagaimanapun, peguam Mohd Salleh Togimin yang mewakili Amir Izham, memohon penangguhan hukuman serta jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak.

Peguam Mohd AzIan Shah Mohd Allias, yang mewakili Wan Kamarul Za’im, juga memohon agar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya menyara isteri yang mengandung serta empat orang anak.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail kemudiannya membenarkan jaminan masing-masing sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin selain pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Advertisement

Kes akan disebut semula pada 24 Nov ini.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top