BM | EN | 中文

Dua pegawai kanan Imigresen Johor antara didakwa seludup migran

Dua-pegawai-kanan-Imigresen-antara-lima-yang-didakwa-seludup-migran.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUL: Dua pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia Johor antara lima individu yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyeludup migran bulan lepas.

Norhayati Abu Bakar, 50, yang merupakan penolong pengarah di Jabatan Imigresen dan Haris Fadzilah Abu Bakar, 48, pegawai kanan imigresen, masing-masing menghadapi lapan pertuduhan.

Tiga lagi ialah buruh binaan M. Amir Nasir, 61, juga lapan pertuduhan; ejen tiket feri Tengku Jajang Sagita Tengku Redzuan, 54 dengan dua pertuduhan dan pengawal keselamatan di Terminal Feri Pasir Gudang Razali Mohamad, 55 yang menghadapi satu pertuduhan.

Advertisement

Kesemua pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan lima hakim secara berasingan iaitu Hakim Kamarudin Kamsun, Faiz Dziyauddin, V. Mabel Sheela, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob serta Aizatul Akmal Maharani.

Kesemua tertuduh memahami pertuduhan namun tiada pengakuan direkodkan.

Kesemua mereka didakwa bersama-sama menjalankan penyeludupan terhadap lapan migran di Lot 21, Jalan Feri, di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini, pada kira-kira 12 tengah hari, 15 Jun lepas.

Advertisement

Mereka dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim, Nor Azizah Mohamad dan Nur Baiduri Mustakim.

Norhayati diwakili peguam Zaid Malek, Haris Fadzilah (Hairul Nadiah Hasni), M. Amir (Izzat Muhtar), Tengku Jajang Sagita (Mohamad Isa Mohamad Basir) dan Razali (Munirah Najihah Shaari).

Advertisement

Mahkamah menetapkan 23 Julai depan untuk sebutan semula.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top