BM | EN | 中文

Dua PATI positif Covid-19 cuba masuk negara melalui “jalan tikus” di Mersing

Dua-PATI-positif-Covid-19-cuba-masuk-negara-melalui-jalan-tikus.jpeg

PATI warganegara Indonesia yang berjaya diberkas Tentera Darat Malaysia di perairan utara Tenggaroh, Mersing di Johor (Gambar Ehsan Utusan Online)

Advertisement

MERSING, 16 NOV: Seramai dua daripada 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang berjaya diberkas Tentera Darat Malaysia (TDM) pagi semalam didapati positif Covid-19 ketika cuba memasuki negara ini melalui jalan tikus.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam kenyataan memberitahu, anggota petugas pemerhati telah mengesan bunyi bot yang mencurigakan kira-kira pukul 1 pagi di perairan utara Tenggaroh.

“Atas maklumat tersebut, anggota petugas telah membuat serbuan dan sekitar pukul 1.30 pagi, seramai 39 PATI berjaya ditahan. 26 daripadanya dipercayai baru saja tiba dan selebihnya iaitu 13 PATI sedang menunggu bot untuk pulang ke negara asal.

Advertisement

“Pada pukul 8.45 pagi, anggota Quick Reaction Force (QRF) yang ditugaskan untuk membuat penjejakan berjaya menangkap enam lagi PATI sedang bersembunyi di kawasan Ladang Sawit Tenggaroh Timur tidak jauh dari lokasi tangkapan pertama.

“Mereka dipercayai saki baki PATI yang baru tiba ke negara ini. Kesemua 45 PATI tersebut terdiri daripada 36 lelaki dan sembilan wanita warga Indonesia berusia sekitar 19 hingga 46 tahun,” katanya di sini hari ini.

Katanya, semua mereka telah diarahkan membuat ujian saringan Covid-19 di Pos Tanjung Sepang dan hasil ujian mendapati dua daripadanya positif Covid-19.

Advertisement

Menurutnya, pihak Kementerian Kesihatan akan menguruskan dua PATI tersebut mengikut prosedur sehingga diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM10,000 melibatkan RM4,174, matawang Rupiah Indonesia IDR5,455,300 (RM1,590) bersama-sama lapan buah telefon bimbit serta jam tangan pelbagai jenama.

Sementara itu, baki PATI lain yang negatif selepas menjalani ujian saringan tersebut diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas, Johor Bahru.

Advertisement

Laporan kejadian tersebut pula telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai.

“Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) serta bantuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI sekitar kawasan tangkapan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top