BM | EN | 中文

Dua pasar awam di Pasir Gudang ditutup mulai esok hingga 17 Oktober

Majlis-Perbandaran-Pasir-Gudang-MPPG.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OKT: Dua pasar awam di Pasir Gudang, dekat sini, ditutup selama enam hari mulai esok sebagai langkah berjaga-jaga untuk membendung penularan kes COVID-19.

Dalam satu notis pemberitahuan menerusi Facebook rasminya, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memaklumkan penutupan Pasar Awam Masai dan Pasar Muafakat Sabah @ Johor itu adalah sehingga 17 Okt.

Langkah itu dibuat selepas MPPG mengenal pasti terdapat kes penularan COVID-19 di sekitar kawasan Masai.

Advertisement

“MPPG telah mengenalpasti terdapat kes penularan Covid-19 yang berlaku di sekitar kawasan Masai.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak pengurusan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah mengambil keputusan untuk menutup
sementara operasi Pasar Awam Masai dan Pasar Muafakat Sabah@Johor berkuatkuasa 12 Oktober 2020 sehingga 17 Oktober 2020.

“Segala aktiviti perniagaan adalah dilarang selama tempoh arahan penutupan. Kegagalan mematuhi arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang penguatkuasaan tanpa sebarang notis,” kata MPPG.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top