BM | EN | 中文

DUA PASANGAN SUAMI ISTERI, TERIMA IJAZAH DI KONVOKESYEN UTM

IMG-20191103-WA0044.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 NOV: Kesibukan bekerja tidak menghalang dua pasangan suami isteri ini untuk menamatkan pengajian mereka bersama-sama dan mengenggam ijazah daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), disini.

Chin Yong Ling, 34 dan suaminya Yap Sheng Lin, 34 serta Shazliman Shah, 39 dan isterinya Nor Fahana Abdul Ghani, 35 merupakan antara 4,390 orang graduan yang menerima ijazah di Majlis Konvokesyen UTM ke-63, hari ini.

Yong Ling berkata, pelbagai cabaran yang perlu di harungi termasuklah cara untuk menguruskan masa serta waktu untuk melapangkan bersama anak dan keluarganya.

Advertisement

“Saya bekerja sebagai Juruukur Bahan manakala suami saya bekerja sebagai jurutera penyelenggara pesawat, maka, kedua-duanya memang sibuk menguruskan hal kerja.

“Memang bukan perkara yang mudah untuk seimbangkan kerja, belajar dan keluarga tetapi semangat untuk menimba ilmu telah menjadi satu dorongan untuk kami menamatkan pengajian,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dari kiri Shen Lin dan Yong Ling

Beliau menerima ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Kontrak Pembinaan) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.76 manakala suaminya, Sheng Lin menerima ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Penerbangan) dengan meraih CGPA 3.96.

Advertisement

Bagi sepasang lagi suami isteri Nor Fahana dan Shazliman pula, saling memahami antara satu sama lain dan berkongsi ilmu yang dipelajari merupakan antara faktor yang mendorong mereka untuk berjaya.

“Apa yang istimewanya belajar sambil bekerja ini, topik-topik di kuliah yang baru dipelajari boleh di gunapakai di tempat kerja terutamanya dalam penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan dengan skop kerja kami,” katanya.

Nor Fahana, yang bekerja sebagai Juruukur Bahan Kanan di Kuala Lumpur berkata, walaupun harus menghadapi pelbagai cabaran dalam menamatkan pelajaran, dia berbangga dapat menerima ijazah tersebut bersama-sama suaminya.

Advertisement

“Kami dalam perancangan untuk menyambungkan pelajaran pada tahun hadapan kerana bagi kami, menimba ilmu adalah penting untuk kegunaan harian,” katanya lagi.

Beliau menerima ijazah Sarjana Pengurusan Projek manakala suaminya yang bekerja sebagai pengurus kanan kontraktor menerima ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Kontrak Pembinaan).

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top