BM | EN | 中文

DUA PAM AIR DARI JPS BATU PAHAT BANTU USAHA PADAM KEBAKARAN

operasi-padam-kebakaran-gelang-patah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OGOS: Usaha memadam kebakaran di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dekat Gelang Patah dipergiatkan lagi melalui bantuan dua mesin pam air yang dibekalkan Jabatan Pengairan dan Saliran Batu Pahat.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita baru sahaja menerima tambahan dua pam air daripada JPS Batu Pahat malam tadi bagi melakukan pemadaman di bahagian atas dan di bawah tanah gambut yang terbakar terbabit memandangkan bekalan air yang terhad bagi operasi ini,” katanya.

Advertisement

Dzulkefly memaklumkan, kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan 16 hektar kawasan hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang dekat Gelang Patah yang terbakar sejak enam hari lepas dapat dipadamkan setakat ini.

Tambahnya, pelbagai pihak dan agensi penyelamat masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran membabitkan anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Majlis Perbandaran Iskandar Puteri (MPIB) dan pelbagai agensi lain.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Dzulkefly sebagai berkata, kerja-kerja mengorek parit berair juga terus dilakukan bagi menghalang kawasan kebakaran terus merebak.

Advertisement

Menurutnya, Kampung Pekajang dan Kampung Tanjung Adang yang terletak berhampiran dengan kawasan kebakaran itu masing-masing mempunyai 517 dan 447 penduduk.

Katanya, dua sekolah berdekatan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang pula mempunyai 245 pelajar manakala Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang mempunyai 148 murid.

Terdahulu pagi ini, Dzulkefly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskadar turut mengiringi Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berkenan berangkat meninjau lokasi kebakaran.

Advertisement

Kebakaran hutan berkenaan bermula sejak 21 Ogos lepas dengan melibatkan kawasan seluas empat hektar sebelum merebak melibatkan 16 hektar setakat ini dipercayai akibat cuaca panas dan kering.

Operasi pemadaman kebakaran kini melibatkan kekuatan lebih 70 pegawai dan anggota bomba.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top