BM | EN | 中文

Dua nelayan di Muar ditemui selamat selepas bot hanyut akibat kehabisan minyak

Dua-nelayan-ditemukan-selamat-selepas-bot-hanyut-akibat-kehabisan-minyak.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 NOV: Dua nelayan ditemukan selamat selepas bot mereka hanyut akibat kehabisan minyak di kawasan laut perairan Selat Melaka berhampiran Jeti Parit Karang, dekat Muar hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak yang juga Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi mencari dan menyelamat Johari Jalil, 40-an dan Khairul Azmi Mohd Adnan, 37, menerusi talian terus ke balai bomba pada 8.30 pagi tadi.

“Seramai sembilan anggota bersama sebuah jentera bomba, sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta sebuah kenderaan utiliti dikerahkan jeti terbabit sejurus menerima panggilan itu, namun apabila tiba, kami dimaklukam kedua-dua nelayan terbabit bersama bot mereka ditemukan selamat oleh nelayan lain di kedudukan 16.2 batu nautika dari jeti tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Rafiah berkata kedua-dua nelayan bersama bot mereka itu kemudian ditunda oleh nelayan yang menemukan mereka ke Jeti Sungai Rambai, Melaka kerana kedua-duanya turun ke laut dari jeti tersebut.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top