BM | EN | 中文

Dua menara pemancar baru dalam DUN Semerah bakal dibina, dua lagi dinaiktaraf liputan 4G – Khuzzan

mohd-khuzzan-dun-semerah-SKMM.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 7 OKT: Adun Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, dua menara pemancar akan dinaiktaraf dengan liputan 4G dalam DUN Semerah.

Kata Khuzzan, berdasarkan maklumat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menara pemancar yang terletak di Kampungg Parit Muhammad dan Kampung Sarang Buaya Darat sedang dinaik taraf dari 3G kepada 4G.

“Insya Allah, pada tahun 2022, dua kawasan terbabit dan kawasan sekitar akan mendapat liputan internet berkelajuan tinggi 4G.

Advertisement

“Alhamdulillah, pihak SKMM Johor telah memberi maklum balas dengan menyatakan akan ada dua menara pemancar baru yang akan dibina di dalam kawasan DUN Semerah,” kata Khuzzan dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Khuzzan menerima kunjungan Pengarah, Timbalan Pengarah dan Penolong Pengarah SKMM Johor di Pusat Khidmat Rakyat DUN Semerah.

“Alhamdulillah, pelbagai perkara dapat dikongsi bersama dan saya telah mendapat jawapan secara terus dari pihak SKMM berkenaan masalah talian liputan internet yang lemah di beberapa kawasan di dalam DUN Semerah,” katanya lagi.

Advertisement

Menurut Khuzzan, beliau bersama delegasi SKMM Johor turun padang melihat sendiri serta memeriksa liputan dan kelajuan internet di beberapa kawasan.

Antaranya di Kampung Semerah Darat, Kampung Sungai Nibong Darat, Kampung Parit Puasa, Kampung Parit Muhammad, Kampung Separap dan Kampung Parit Haji Abd Salam serta beberapa ‘pit stop’ di sepanjang jalan Simpang Lima ke Paritt Sulong.

Tambah Khuzzan lagi, untuk pemasangan talian internet Unifi pihaknya dimaklumkan bahawa TM Malaysia sedang giat memasang ‘port’ Unifi di beberapa kampung di dalam DUN Semerah.

Advertisement

“Insya Allah, saya akan berhubung dengan pihak TM Johor bagi membantu penduduk kampung mendapatkan talian Unifi di rumah masing-masing.

“Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan penerangan, perancangan dan tindakan dari SKMM dalam memastikan masyarakat di DUN Semerah mendapat liputan internet yang terbaik.

“Terima kasih kepada pihak SKMM Johor atas kerjasama dan perhatian untuk DUN Semerah,” kata Khuzzan lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top