BM | EN | 中文

Dua maut, tiga parah van bawa pengawal keselamatan di Stulang terbabas

Dua-maut-tiga-parah-van-bawa-pengawal-keselamatan-di-Stulang-terbabas.jpg

Gambar Ehsan Johor Times

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JUN: Seorang pemandu dan pengawal keselamatan maut manakala tiga lagi cedera parah selepas van yang membawa pengawal keselamatan terbabas di Jalan Stulang Laut, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abd Jamal berkata dalam kejadian 7.45 pagi itu, van yang membawa sembilan warga Nepal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati van itu dalam keadaan terbalik. Pemandu van dikenali sebagai Musrin Tamyis, 53, masih berada di tempat duduk manakala seorang pegawal keselamatan yang duduk di hadapan didapati tercampak ke luar van.

Advertisement

“Kedua-duanya disahkan maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, kesemua identiti mangsa yang cedera masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polls untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top