BM | EN | 中文

Dua maut, tiga cedera kemalangan kereta dengan lori

IMG-20200110-WA0031.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 10 JAN: Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan sebuah lori berhampiran stesen Minyak Caltex, Jalan Tanjung Labuh, di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Tarmizi Ishak berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 2.52 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja menyelamat.

Advertisement

“Kemalangan jalanraya itu melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dan sebuah lori Isuzu 1 tan. Kenderaan Almeera dipercayai dari arah Senggarang ke Batu Pahat.

“Mangsa pemandu Nissan Almera dikeluarkan oleh pihak Bomba menggunakan hydraulic tool dan mengambil masa 15 minit.

“Manakala lain-lain mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, pemandu dan seorang penumpang Nissan Almera disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, dua lagi penumpang kereta sama mengalami kecederaan, begitu juga dengan pemandu lori.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top