BM | EN | 中文

Dua maut, seorang cedera kereta rempuh pam minyak

maut.jpg

Keadaan kemangan yang berlaku

JOHOR BAHRU, 4 JAN: Dua lelaki maut dan seorang perempuan cedera apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh sebuah stesen minyak di Kampung Melayu Pandan, di sini, awal pagi tadi.

Dua mangsa yang maut adalah pemandu, Prem Jayapal, 31 dan seorang penumpang hadapan yang belum diketahui identitinya.

Manakala mangsa yang cedera adalah Edriani Chong, 20an, yang masih dalam keadaan trauma.

Mereka menaiki kereta jenis Honda City dipercayai menghala ke Tebrau dari arah Bandaraya sebelum terbabas merempuh stesen minyak.

Menurut Ketua Operasi Balai, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar bin Abd Aziz, tiga mangsa terlibat dan dua darinya maut di tempat kejadian.

“Keadaan mangsa yang terpelanting dan dihempap kereta memaksa pihak bomba menggunakan ‘air lifiting bag’ untuk mengangkat kereta bagi mengeluarkan mangsa”

“Mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital oleh pihak bomba,” katanya.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top