BM | EN | 中文

DUA MAUT KEMALANGAN LIBAT ENAM KERETA

ACCIDENT-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 SEPT : Dua maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kereta di Kilometer 12.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, kira-kira jam 3.24 pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah G Thiyagarajan, 36 dan Kathiresan Sudha, 35 akibat mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asistan Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kereta yang terlibat adalah Perodua Myvi, Honda CRV, Honda City, Volk Wagen, Audi A4 dan BMW 328i.

Advertisement

“Hasil siasatan awal mendapati,  kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang di pandu oleh Siew Jin Wei, 27 telah melanggar belakang kereta yang dinaiki Khatiresan.

“Apabila kereta itu berhenti di tengah jalan, kereta Honda City pula melanggar belakang Perodua Myvi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Taib berkata, selepas itu, tiga kereta lain, iaitu Volk Wagen, Audi A4 dan BMW 328i turut melanggar kenderaan yang telah berhenti akibat kemalangan.

Advertisement

“Akibat daripada kemalangan tersebut  Thiyagarajan dan Kathiresanmeninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala, empat lagi mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di Hospital Sultanah Aminah,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top