BM | EN | 中文

DUA MAUT DALAM KEBAKARAN RUMAH KEDAI

BOMBA-PENYELAMAT-1024x479.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Dua wanita meninggal di tempat kejadian dalam satu kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di Bukit Indah yang berlaku awal pagi Ahad.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau, tiga lagi mangsa, seorang lelaki berumur 40-an, seorang wanita berusia 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun pula hanya cedera dalam kejadian tersebut.

“Bomba menerima panggilan kebakaran di kedai pembekal barangan pembinaan itu menerusi talian MERS 999 pada 4.34 pagi.

Advertisement

“28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Larkin dan Skudai bersama enam jentera bergegas ke tempat kejadian operasi menyelamat dan pemadaman kebakaran,” Inggai berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki dan wanita yang terselamat tersebut diselamatkan pihak bomba dan diserahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya manakala kanak-kanak lelaki itu pula dihantar ke Hospital Columbia Asia, di sini, oleh orang awam.

Mayat kedua-dua wanita  itu pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya lagi, sambil menambah punca dan anggaran kerugian kebakaran sedang disiasat.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top