BM | EN | 中文

DUA LELAKI GADUH DI PLAZA TOL BERDAMAI

berdamai.jpg

JOHOR BAHRU, 25 SEPT: Tular di media sosial berhubung kejadian pergaduhan melibatkan dua pemandu di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Gambar pergaduhan yang tular media sosial

Video tular berdurasi dua minit sembilan saat merakamkan pergaduhan melibatkan dua lelaki di lokasi berkenaan menunjukkan kejadian berpunca apabila sebuah kenderaan utility sukan (SUV) Mazda CX5 menghalang van di belakangnya pada 17 September lepas.

Tindakan itu menyebabkan kedua-dua pihak berhenti sebelum bertengkar dan berbalas tumbuk.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, kedua-dua mereka telah membuat laporan polis pada semalam dan hari ini.

“Pemandu van mengalami kecederaan di bahagian lutut dan muka manakala pemandy SUV cedera di kepala, tangan dan kaki,” katanya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar bertimbang rasa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun difahamkan Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 29 dan Ng Whye Hong, 39 telah berbaik dan berdamai.

Perkara itu dimaklumkan Mohamad Fazrien menerusi Facebooknya mereka selepas melalui hukuman penjara sehari dan denda RM1,000.

Keputusan itu dijatuhkan oleh Majistret Noorasyikin Sahat pada Jumaat lalu selepas kedua-duanya mengaku bersalah mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top