BM | EN | 中文

DUA LELAKI DITAHAN, SAMUN KEDAI SERBANEKA 

antara-barangan-yang-disamun.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 16 OKT: Dua lelaki ditahan di Kampung Makam, di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyamun sebuah kedai serbaneka membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM10,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, suspek yang berumur 20 dan 25 tahun itu ditangkap kerana terlibat dengan kegiatan samun sejak pertengahan September lalu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, kedua lelaki warga tempatan tersebut ditangkap oleh sepasukan polis dari bahagian Task Force Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi.

Advertisement

“Hasil soal siasat yang dijalankan didapati kedua suspek tersebut terlibat dalam kegiatan menyamun di lima lokasi di sekitar Pontian, Seri Alam dan Johor Bahru selatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, sebilah sabit dan sebuah Perodua Kancil juga dirampas ketika tangkapan yang dibuat pada 5 Oktober lalu pada jam lebih kurang 9 malam.

Ahsmon berkata, hasil semakan lampau didapati salah seorang lelaki mempunyai dua rekod lampau pecah rumah dan pemerasan di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 384 Kanun Kerseksaan.

Advertisement

“Kedua-kedua suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Kota Tinggi untuk siasatan lanjut dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top