BM | EN | 中文

DUA LELAKI DITAHAN PECAH MASUK BANGUNAN SARANG BURUNG

Cyril.jpg
Advertisement

MERSING, 14 OKT : Polis menahan dua lelaki selepas disyaki memecah masuk bangunan sarang burung di Taman Perindustrian Mersing, Jalan Jemaluang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, bertindak di atas maklumat kira-kira jam 7.45 pagi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing telah pergi ke sebuah bangunan sarang burung di taman perindustrian berkenaan.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan polis telah menjumpai dua lelaki berusia 24 tahun di dalam bangunan sarang burung tersebut dan menahan mereka kerana telah memecah masuk ke dalam bangunan sarang burung itu.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua lelaki tersebut turut menjumpai pelbagai peralatan pecah masuk bangunan.

“Polis turut menjumpai hasil curi iaitu sebungkus sarang burung walit seberat 168 gram yang dianggarkan bernilai RM300,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang turut mempunyai waran tangkap bersabit kes dadah dibawa balik IPD Mersing untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tersebut turut terlibat dengan tiga kes pecah sarang burung di sekitar Mersing.

“Siasatan dijalankan dibawah Seksen 457 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top