BM | EN | 中文

Dua lelaki ditahan memandu bawah pengaruh dadah di plaza tol Skudai

Dua-lelaki-ditahan-memandu-bawah-pengaruh-dadah-di-plaza-tol-Skudai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Seorang pemandu Iori dan seorang pemandu kenderaan persendirian ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh dadah jenis heroin dan ganja di Plaza Tol Skudai (arah selatan), di sini hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pemandu lori itu merupakan lelaki tempatan berusia 40 tahun, ditahan pada pukul 9 pagi tadi setelah menjalani ujian air kencing menerusi Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan di plaza tol berkenaan.

Katanya, individu terbabit membawa Iori seberat lima tan tanpa muatan dari Muar, menghala ke Pasir Gudang seorang diri, dipercayai mengambil dadah semasa memandu dan ketika ditahan dia dalam keadaan khayal dan separuh sedar.

Advertisement

“Pemeriksaan kami turut menemukan sejumlah dadah jenis heroin dalam bungkusan plastik di dalam beg individu terbabit dan mengaku dadah itu kepunyaannya,” katanya dalam sidang media selepas menyertai Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan di plaza tol berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 25 tahun yang dikesan positif ganja selain menemukan ketulan mampat ganja di dalam sebuah beg.

Ayob Khan berkata individu terbabit yang mempunyai sebuah kedai menjual ikan perhiasan memandu kenderaan persendirian jenis Ford Ranger itu dalam perjalanan dari Taman Sri Kluang menghala ke Taman Ungku Tun Aminah sebelum ditahan di plaza tol tersebut.

Advertisement

Kedua•dua lelaki itu akan dibawa ke lbu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 akta sama.

Ayob Khan berkata Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan itu dilakukan bermula 8 pagi tadi dengan disertai 51 anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Alam Sekitar, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Unit Peronda Lebuhraya (EMPV) Bukit Aman.

Katanya, sebanyak 93 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi 152 kenderaan yang diperiksa dalam operasi itu.

Advertisement

“Tujuan operasi ini dijalankan ekoran banyak maklumat yang kita peroleh daripada orang awam berhubung kesalahan antaranya memandu melebihi had laju, memandu secara berbahaya, brek tidak berfungsi, tayar botak dan juga membawa muatan berbahaya,” katanya.

Menurutnya, operasi tersebut turut menggunakan peranti Intelligent Compound Online Payment System (iCOPS) bagi mengesan kenderaan antaranya yang dikenakan saman, memakai nombor pendaftaran palsu, kenderaan hilang dan sebagainya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top