BM | EN | 中文

Dua lelaki dihanyut arus deras longkang dekat Pasir Gudang

Dua-Lelaki-Lemas-Dihanyut-Arus-Longkang.jpg

Gambar Ehsan FB Johor Online News

Advertisement

PASIR GUDANG, 26 JUN: Dua lelaki ditemukan lemas dipercayai dihanyutkan oleh arus deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang berhampiran Masjid Taman Cendana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata menurut saksi kejadian pada 4.14 petang itu, terdapat dua individu terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter.

Katanya, polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama orang awam menjalankan operasi mencari dan menyelamat telah menemukan kedua-dua mangsa masing-masing seorang remaja berusia 13 tahun dan lelaki 32 tahun kira-kira 6 petang.

Advertisement

“Kejadian dipercayai berlaku apabila dua individu iaitu remaja dan seorang kanak-kanak sedang bermain di longkang itu, lalu remaja berkenaan dipercayai telah terjatuh dan dibawa air deras.

“Seorang orang awam (mangsa) yang berada di tempat kejadian telah cuba menyelamatkan remaja terbabit dengan terjun ke dalam longkang tetapi turut dibawa arus,” katanya, lapor Bernama.

Mohd Sohaimi berkata seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang turut berada di lokasi kejadian bersama remaja berkenaan terselamat.

Advertisement

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat dan operasi ditamatkan pada 6.50 petang semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top