BM | EN | 中文

Dua lelaki di JB pakai gelang merah jambu beli makanan dikenalpasti

gelang-merah-jambu.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Polis mengenal pasti dua lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai melanggar perintah kuarantin dengan membeli makanan di sebuah kedai makan di Jalan Sierra Perdana, Taman Sierra Perdana, Masai di sini seperti dalam video yang tular melalui media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima laporan mengenai video berdurasi satu minit 32 saat itu semalam.

“Kedua-duanya merupakan lelaki tempatan berusia 23 dan 46 tahun yang merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19 dan mereka sedang dikuarantin di sebuah hostel bermula 14 Ogos hingga 24 Ogos ini.

Advertisement

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 8 malam, 18 Ogos lepas dan mereka yang sepatutnya menjalani kuarantin kendiri telah keluar untuk membeli makanan di sebuah kedai makan berhampiran lokasi rakaman kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata pihaknya akan memanggil kedua-dua lelaki itu selepas mereka habis kuarantin.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang boleh dikompaun RM5,000 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisement

Katanya orang ramai diingatkan supaya mematuhi peraturan dan arahan yang dikeluarkan supaya penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top