BM | EN | 中文

Dua khidmat farmasi tak memerlukan pesakit ke kaunter – Exco Kesihatan Johor

Ubat-Melalui-Pos-UMP-Pos-Malaysia.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JUN: Dua jenis perkhidmatan farmasi yang tidak memerlukan pesakit hadir ke kaunter farmasi bagi mendapatkan
bekalan ubat adalah Ubat Melalui Pos (UMP) dan Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan berkata perkhidmatan UMP adalah pembekalan ubat susulan ke lokasi pilihan pesakit di seluruh Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

“Dengan caj penghantaran perkhidmatan UMP RM5.30, pesakit boleh mendapatkan bekalan ubat susulan terus dihantar ke rumah atau pejabat tanpa perlu bersusah payah untuk menunggu di kaunter farmasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Dalam pada itu katanya, terdapat peningkatan bilangan parcel UMP yang dihantar di Johor sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagi bulan April dan Mei, purata bilangan parcel bulanan UMP yang dihantar di negeri Johor menunjukkan peningkatan sebanyak 247 peratus, iaitu sebanyak 7,488 purata parcel bulanan berbanding 2,158 purata parcel bulanan pada 2019.

“Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor berharap supaya perkhidmatan UMP akan terus menjadi pilihan pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top