BM | EN | 中文

Dua kematian pelajar, 39 sekolah dikompaun tahun lepas gara-gara denggi

IMG-20200120-WA0009.jpg

Aminolhuda (tiga, kiri) melawat pelajar di SK Taman Damai Jaya, Skudai selepas merasmikan kempen tersebut.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 JAN : Sebanyak 39 sekolah dikompaun oleh pejabat kesihatan susulan masalah denggi yang berlaku pada tahun lalu.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan berkata, pada tahun yang sama sebanyak dua kematian membabitkan pelajar direkodkan susulan wabak itu.

“Bagi kes denggi 39 kompaun terhadap sekolah dikenakan kerana nyamuk yang mana tahun lepas merekodkan kematian dua orang pelajar.

Advertisement

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan denggi penyakit yang perlu kawalan kerana ia lebih merbahaya berbanding influenza.

“Sebab itu apabila seorang sahaja disahkan denggi, seluruh persekitaran rumah dan taman turut dibuat pencegahan semburan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas merasmikan Kempen Pencegahan Influenza Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Damai Jaya, Skudai, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, susulan itu pihaknya mengambil langkah menganjurkan kempen di sekolah berkenaan dalam bentuk integrasi.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak jabatan kesihatan kerana memaklumkan data berkenaan di mana ia menjadikan pihak sekolah lebih bertanggungjawab untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk di kawasan persekitaran.

“Menjadi tanggungjawab guru besar pastikan sekolah dalam keadaan bersih jauh daripada penyebaran wabak-wabak penyakit yang perlu diambil perhatian,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top