BM | EN | 中文

Dua kelas ditutup akibat Influenza A

influenza-a-1.jpg

Teo Nie Ching (empat kanan atas) bergambar bersama penerima sumbangan Program Kembali ke Sekolah SWM Kasih.

Advertisement

KULAI, 12 JAN: Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan sebarang perkembangan berhubung penularan Influenza A dalam kawasan sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, langkah itu diambil ekoran penutupan dua kelas di sebuah sekolah kebangsaan di Penang sejak Rabu lalu.

“Kita akan mematuhi arahan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan penutupan kelas ataupun sekolah sekiranya murid dijangkiti wabak itu.

Advertisement

“Sehubungan itu golongan ibu bapa dinasihati untuk memantau kesihatan anak-anak mereka dan tidak menghantar mereka ke sekolah sekiranya terdapat tanda dijangkiti penyakit itu,” katanya.

Dia berkata demikian kepada wartawan dalam sidang akhbar semasa menghadiri program Kembali Ke Sekolah SWM Kasih di Sekolah Kebangsaan Murni Jaya, di sini hari ini.

Rabu lalu, dua kelas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa diarah tutup selepas lima murid sekolah itu disahkan positif menghidap Influenza A.

Advertisement

Tambah Nie Ching, pihaknya juga berharap guru-guru akan turut memantau persekitaran sekolah dan anak murid mereka, selain turut meningkatkan kesedaran berhubung wabak itu di kawasan sekolah.

Simptom yang boleh dilihat berhubung Influenza A ini termasuklah demam panas berpanjangan, batuk, kepenatan, sakit otot dan sakit tekak.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top