BM | EN | 中文

Dua kawasan di Simpang Renggam dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

pkpd-simpang-renggam.jpg
Advertisement

KLUANG, 26 MAC: Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam.

Dalam satu kenyataannya sebentar tadi beliau memetik kenyataan Kementeriian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19 di Johor pada hari ini dengan 61 kes adalah dari dua kawasan tersebut.

Menurutnya langkah PKPD di kawasan itu melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan daripada 650 buah keluarga.

Advertisement

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai dari tengah malam ini, 27 Mac 2020 hingga 9 April 2020.

“Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan Covid -19 daripaa menular keluar dari kawasan tersebut. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” kenyataan tersebut dipetik.

Dengan pelaksanaan PKPD semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah sepanjang PKPD dikuatkuasakan.

Advertisement

Dalam pada itu senua aktiviti perniagaan akan dihentikan dan makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Manakala pangkalan perubatan (medical base) akan dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keuar masuk kawasan PKPD ditutup.

Polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA akan mengawal seluruh kawasan.

Advertisement

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 atau 07-7722434.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top