BM | EN | 中文

Dua kapal tangki tanpa dokumen berlabuh dekat Kota Tinggi ditahan Maritim

Tiada-dokumen-berlabuh-Maritim-Johor-tahan-dua-kapal-tangki.jpeg

Gambar Ehsan Maritim Johor/SH Online

Advertisement

KOTA TINGGI, 6 OKT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menahan dua kapal tangki di perairan Johor Timur di sini kerana tidak mengemukakan sebarang dokumen bersauh, Isnin lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, kedua-dua kapal berkenaan ditahan menerusi operasi kawalan sempena Op Jangkar Haram.

“Penahanan kedua-dua kapal ini dilakukan selepas nakhoda kapal mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia.

Advertisement

“Kapal pertama ditahan ialah kapal tangki yang berdaftar di Hong Kong, China pada jam 10.45 pagi di kedudukan 9.3 batu nautika timur Tanjung Lompat.

“Kapal dikendalikan oleh 17 kru warga China dan Myanmar berusia antara 24 hingga 51 tahun dengan pengenalan diri yang sah,” katanya, lapor SH Online.

Nurul Hizam berkata, kapal kedua yang ditahan pula merupakan kapal tangki berdaftar di Thailand.

Advertisement

“Kapal ini ditahan pada jam 11.44 pagi di kedudukan 20.1 batu nautika timur laut Tanjung Siang yang dikendalikan 16 kru warga Thailand berumur antara 26 hingga 57 tahun,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang boleh memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top