BM | EN | 中文

DUA KAPAL TANGKI BERLABUH TANPA KEBENARAN DITAHAN

IMG-20191104-WA0027.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 4 NOV : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) menahan dua buah kapal tangki yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal MT NANHAI FAXIAN dengan panjang 330 Meter berdaftar di China ditahan kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan lebih kurang 13.5 batu nautika Timur Tanjung Penawar pada jam 3.40 petang.

Katanya, kapal yang dikendalikan oleh 18 kru termasuk nakhoda warganergara India berumur lingkungan 22 hingga 63 tahun ditahan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut.

Advertisement

”Terdahulu, sebuah kapal tangki yang berdaftar di Malaysia juga telah ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada jam 12.05 tengahari di kedudukan 1.8 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam atas kesalahan yang sama iaitu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh ketika diperiksa.

“Kapal ini dikendalikan sembilan lelaki termasuk nakhoda warga Indonesia berumur lingkungan 26 hingga 62 tahun,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Advertisement

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya perairan Johor Timur. Justeru, pemilik kapal diingatkan supaya memohon kebenaran terlebih dahulu daripada Jabatan Laut Malaysia (JLM) sebelum melabuhkan sauh,”katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top