BM | EN | 中文

Dua jam padam hutan seluas lapan ekar terbakar

kebakaran-hutan.jpg

Keadaan hutan di Jalan Bentara 12, Taman Ungku Tun Aminah di sini yang terbakar malam tadi

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JAN : Bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk memadamkan kebakaran hutan di Jalan Bentara 12, Taman Ungku Tun Aminah, di sini yang terbakar malam tadi.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azlan Ramli berkata, bomba menerima panggilan kejadian itu pada jam 8.02 malam.

Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Skudai dan fire post Kempas bergegas ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Kebakaran hutan berkenaan melibatkan keluasan lapan ekar. Kita berdepan kesukaran kerana tiada akses masuk.

“Pemadaman dilakukan menggunakan dua fire forest pam dan dua pemerap api berjarak 500 kaki, air dari jentera,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi ditamatkan jam 10.15 malam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top