BM | EN | 中文

Dua hari tersadai di laut, nelayan ditemui selamat

nelayan-1-01-scaled.jpg

Nelayan yang ditemui selamat

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Seorang nelayan yang disyaki terjatuh ke laut ketika menangkap ikan berjaya ditemui dalam keadaan selamat, petang semalam.
Mohd Yatiman, 36 ditemui oleh sebuah kapal dagang, MV EL ZORRO dalam keadaan terapung di permukaan air dengan berpaut pada sebuah tong, kira-kira jam 5.45 petang.

Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman, pangkalan hadapan carilamat Zon Maritim Batu Pahat menerima maklumat penemuan mangsa dari kapal dagang yang melalui kawasan 12.7 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Tohor, Batu Pahat.

“Susulan itu, sebuah bot digerakkan ke lokasi yang dilaporkan dan mangsa ditemui masih lengkap berpakaian.

Advertisement

“Mangsa yang berkeadaan lemah akibat lebih seharian terapung di dalam air selanjutnya dirujuk kepada Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohammad, operasi mencari dan menyelamat SAR yang dikoordinasikan oleh Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru.

“Operasi ini melibatkan pelbagai agensi iaitu Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Malaysia serta bot-bot nelayan sekitar,” katanya lagi.

Advertisement

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top