BM | EN | 中文

DUA HARI BERKEMPEN, TEMPOH KRITIKAL-MUHYIDDIN

IMG-20191113-WA0021.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 13 NOV : Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dua hari baki kempen untuk Pilihan Raya Kecil  (PRK) Tanjung Piai adalah tempoh kritikal.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Harapan (PH) menerima respons yang positif daripada para pengundinya membabitkan daripada Melayu, Cina dan India, setakat ini.

Advertisement

“Saya telah dapat laporan tentang gerak kerja. Sudah ada tanda yang mengggalakkan dan memberangsangkan.

“Kesan positif dan respons daripada para pengundi Melayu, Cina dan India adalah amat menggalakkan setelah mereka mendengar ceramah daripada para penceramah kita, kempen daripada pimpinan tertinggi dan malam ini Tun M (Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad)

“Ini adalah perkembangan yang menggalakkan, namun kita tidak boleh berpegang kepada keadaan begitu sahaja. Tempoh dua hari sebelum hari mengundi adalah amat kritikal,” katannya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di Eco Rambah, di sini, hari ini.

Tambahnya, pihaknya mendapati terdapat kira-kira 12 peratus pengundi di atas pagar dan perlu diberi perhatian

“Kita dapati ada sejumlah pengundi masih lagi berada di atas pagar. Kalau tidak silap saya hampir 12 peratus.

Advertisement

“Mereka ini (pengundi atas pagar) sedang menanti saat-saat akhir untuk mereka buat keputusan yang muktamad iaitu mengundi sama ada PH, Barisan Nasional atau calon-calon yang lain,” katanya.

Beliau memberitahu, bagaimanapun, pihaknya telah mengenalpasti pengundi atas pagar itu dan pusat daerah mengundi (PDM) memiliki maklumat mereka.

“Kita akan terus hubungi mereka dan minta mereka memberi kerjasama serta menyokong kita,” katanya lagi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top