BM | EN | 中文

Dua gajah betina ditangkap di Felda Tenggaroh dipindah ke Taman Negara Endau Rompin

Dua-gajah-betina-ditangkap-di-Felda-Tenggaroh-dipindah-ke-Taman-Negara-Endau-Rompin.jpg
Advertisement

MERSING, 26 SEPT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) memindahkan dua ekor gajah liar betina yang ditangkap di Felda Tenggaroh ke Taman Negara Endau Rompin di sini pada Sabtu.

Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, operasi pemindahan gajah yang diberi nama Limah dan Liah itu dilakukan pada jam 9 pagi dan berakhir jam 1 petang dibantu dua gajah denak dari Pahang iaitu ‘Alam’ dan ‘Kasturi’.

“Kedua-dua ekor gajah itu ditangkap Selasa lalu susulan aduan penduduk sekitar Felda Tenggaroh.

Advertisement

Limah dan Liah sebelum ini menimbulkan masalah di kebun sawit sehingga menyebabkan peneroka di Felda Tenggaroh menanggung kerugian.

“Kedua-dua gajah itu berumur anggaran 25 dan 15 tahun. Kita percaya gajah ini daripada populasi kumpulan ID Jemaluang yang dianggarkan ada dalam 40 ekor,” katanya, lapor Sinar Harian.

Katanya, Limah dan Liah dipercayai tersesat di Felda Tenggaroh dan Perhilitan terpaksa memindahkan kedua-duanya.

Advertisement

Jelasnya, pemindahan gajah merupakan langkah terakhir kerana kumpulan gajah itu dipasang kolar. Apabila mendekati kawasan kampung akan dihalau tetapi Limah dan Liah terpisah daripada kumpulannya.

“Proses pemindahan mengambil masa kerana kerana gajah denak perlu berehat sehari sebelum proses pemindahan dilakukan,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top