BM | EN | 中文

Dua farmasi didenda jual topeng muka dengan harga tinggi

29ag.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengambil tindakan terhadap dua farmasi di negeri ini yang mengambil kesempatan penularan novel koronavirus (2019 nCov) di China dengan menjual topeng muka dengan harga yang tinggi.

KPDNHEP Johor dalam kenyataannya hari ini memberitahu dua farmasi itu membabitkan di Kulai dan Johor Bahru dan telah dikompaun pada 30 Januari dan 5 Februari lepas dengan kadar masing-masing RM500 dan RM10,000.

“Sehingga hari ini, KPDNHEP Negeri Johor telah menjalankan sebanyak 135 pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjual dan membekalkan topeng kepada para pengguna.

Advertisement

“Berdasarkan pemeriksaan tersebut, dua kes dihasilkan ke atas premis di sekitar Kulai dan Johor Bahru,” katanya.

Menurut kenyataan KPDNHEP Johor lagi, kesalahan dilakukan dibawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu menjual apa-apa barangan terkawal dengan harga yang tinggi dari harga kawalan.

“Para peniaga khususnya dan para pengguna amnya perlu mengetahui bahawa terdapat lima jenis topeng muka yang telah ditetapkan harga maksimum runcit bagi barang harga terkawal,” katanya.

Advertisement

Lima senarai harga terkawal jenis topeng muka tersebut adalah:-
i) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 1 lapisan (gelung telinga) Harga Borong : RM 5.00 sekotak Harga Runcit : RM 7.00 sekotak
ii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 2 lapisan (gelung telinga) Harga Borong : RM 8.00 sekotak Harga Runcit : RM RM10.00 sekotak @ RM 0.20 sen seunit
iii) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (gelung telinga/gelung kepala) Harga Borong : RM 25.00 sekotak Harga Runcit : RM 0.80 sen seunit
iv) Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala) Harga Borong : RM 30.00 sekotak Harga Runcit : RM 0.80 sen seunit
v) Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95 Harga Borong : RM 100.00 sekotak Harga Runcit : RM 6.00 seunit
Tambahnya lagi, sebarang perlanggaran di bawah peruntukan Akta ini bagi kesemua jenis topeng muka yang dinyatakan tersebut boleh dikenakan tindakan seperti didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000; dan Syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Sebarang aduan berhubung perkara di atas boleh disalurkan kepada pihak kementerian melalui
i) Talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC);
ii) Call Centre 1800 886 800
iii) Enforcement Command Centre (ECC) 03-8882 6245/6088
iv) Nombor Aduan Whatsapp KPDNHEP iaitu 019- 279 4317
v) Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
vi) Aplikasi telefon pintar Ez ADU
vii) vii) Lapor/hadir ke mana-mana Pejabat Cawangan Daerah KPDNHEP di seluruh negeri Johor. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Johor 6 Februari 2020

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top