BM | EN | 中文

DUA DITAHAN BERSAMA BOT NELAYAN TEMPATAN LANGGAR SYARAT SAH LESEN

Malaysian_Maritime_Enforcement_Agency_apmm.png
Advertisement

BATU PAHAT, 13 SEPT: Dua lelaki berstatus pemastautin tetap ditahan bersama sebuah bot nelayan tempatan Kelas A setelah melanggar syarat sah lesen, pada jarak lebih kurang 2.5 batu nautika dari barat Tanjung Tohor, dekat sini, pukul 10 malam, Rabu (11 Sept).

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Othman berkata penahanan berkenaan dilakukan oleh anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Batu Pahat, yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Muar.

Katanya, penahanan bot terbabit dilakukan apabila terlihat dua individu yang sedang memukat berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan telah mendapati seorang tekong dan kru yang masing-masing berusia 52 serta 57 tahun yang merupakan pemegang kad pengenalan status pemastautin tetap.

“Mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Mohammad, bot berkenaan berserta tekong dan kru ditahan bersama 30 unit pukat hanyut dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Advertisement

“Saya menasihati semua pengusaha bot nelayan tempatan haruslah mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen vesel yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top