BM | EN | 中文

Dua cedera parah kemalangan kereta di bulatan Bukit Indah

IMG-20200202-WA0005.jpg

Kemalangan kereta di bulatan Bukit Indah awal pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 FEB : Seorang isteri cedera parah manakala suaminya cedera ringan selepas kereta jenis Subaru dinaiki terlibat kemalangan di bulatan Bukit Indah, awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba II Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan insiden itu pada jam 2.12 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota bersama sebuah jentera, satu kenderaan EMRS dan dua unit motosikal Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba tiba di lokasi didapati benar berlaku kemalangan di antara dua buah kenderaan iaitu Subaru dan Proton Waja.

“Subaru dari Persiaran Indah menghala Nusa Bestari, manakala Proton Waja dari arah bertentangan.

“Terdapat dua mangsa pasangan suami Isteri di Subaru dan satu mangsa di dalam Proton Waja. Mangsa Subaru telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Colombia,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambahnya, mangsa di dalam Proton Waja telah dikeluarkan oleh pihak bomba dalam masa 5 minit dan turut diberikan rawatan bantu mula (first-aid).

Mangsa yang mengalami cedera parah kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan seterusnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top